Friday, 17 June 2016

VISI, MISI DAN MOTTO BAHAGIAN BUKU TEKS KPM

VISI

Meneraju kecemerlangan pendidikan melalui buku teks dan bahan bacaan tambahan berkualiti menjelang 2015 


MISI

Menguruskan pemerolehan buku teks dan bahan bacaan tambahan yang berkualiti dan dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan serta mengupayakan penggunaannya secara optimum. 


MOTO

Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan
OBJEKTIF

1Pemerolehan buku berintegriti.
2Penghasilan buku yang berkualiti.
3Memperkasakan pengurusan pembekalan buku.
4Memantapkan pengurusan penyeliaan dan penilaian buku.
5Memperkasakan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan.


FUNGSI

1Melaksanakan dasar penerbitan buku teks.
2Mengurus pemerolehan pakej buku teks untuk sekolah.
3Mengurus pemerolehan bahan bacaan tambahan dan bahan bantu mengajar/belajar untuk pusat sumber sekolah.
4Menyelaras dan melaksanakan program penerbitan pakej buku teks sekolah menengah.
5Menyelaras dan melaksanakan program penerbitan pakej buku teks sekolah rendah.
6Memantau pembekalan buku Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah dan pasaran terbuka.
7Memantau pengurusan program Skim Pinjaman Buku Teks.
8Memantau penggunaan buku teks di sekolah.
9Memantau penggunaan bahan bacaan tambahan dan bahan bantu mengajar di sekolah.
10Menyelaras dan menguruskan hal-hal kualiti dan aduan pelanggan yang berkaitan dengan  buku teks dan bahan bacaan tambahan.
11Melaksanakan hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan kewangan Bahagian Buku Teks.

No comments:

Post a Comment