PERATURAN SPBT
- Pelajar mesti menulis nama, tahun dan tingkatan dalam ruangan yang disediakan pada kulit dalam buku teks.
- Setiap pelajar wajib membalut buku menggunakan sampul plastik sahaja.Denda RM1 dikenakan untuk setiap buku yang gagal dibalut.
- Pelajar tidak boleh meninggalkan buku teks di kelas, almari, bawah meja, kantin atau di tempat awam lain . Buku tersebut akan dirampas dan pelajar perlu menebusnya dengan denda RM1 untuk setiap buku.
- Pelajar dilarang menconteng atau mengoyakkan mukasurat buku. Jangan rosakkan barkod buku!
- Semasa pemulangan buku, nombor buku mestilah sama dengan nombor buku dalam borang penerimaan yang diisi semasa peminjaman buku pada awal tahun.
- Pelajar yang gagal memulangkan buku teks pada akhir tahun akan dikenakan tindakan disiplin dan wajib menggantinya dengan wang atau buku.Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda RM1.
- Pengawas SPBT akan mengadakan pemeriksaan dari semasa ke semasa dan berkuasa merampas buku setelah amaran kedua diberi.
PERATURAN PENGGUNAAN BOSS
- Hanya guru-guru dan pengawas SPBT dibenarkan menggunakan BOSS dan kemudahan yang disediakan.
- Kemudahan komputer hendaklah di awasi oleh dan penggunaan persendirian hendaklah direkodkan.Sebarang cetakan persendirian hendaklah menggunakan kertas sendiri.
- Tanggalkan kasut dan susun dengan kemas.
- Penggunaan bilik semasa waktu pembelajaran hanya dibenarkan jika ada urusan segera dan mesti diiringi guru.Penggunaan bilik selepas waktu persekolahan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada guru serta direkodkan.
- Pastikan alat penghawa dingin dan suis lampu dan kipas ditutup sebelum meninggalkan BOSS.
- Kemas dan sapu sebelum beredar pada akhir waktu penggunaan.
- Letak semula alatulis, fail dan lain-lain peralatan yang telah digunakan di tempat asal.
- Dilarang membuat bising atau berbual-bual kosong tanpa membuat kerja-kerja BOSS atau mengulangkaji.
- Pulangkan kunci pada pagi berikutnya setelah digunakan.
No comments:
Post a Comment