- Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
- Membalut buku dengan pembalut plastic.Stapler, double-sided, binding tape adalahdilarang sama sekali.
- Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
- Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.
- Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
- Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
- Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga buku teks
- Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
- Lain-lain yang ditetapkan kemudian.
- Pelajar diberi amaran.
- Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 (Satu Ringgit sahaja) untuk setiap buku teks yang dirampas. Sekiranya buku teks tersebut tidak berbalut, pelajar dikehendaki membayar denda tambahan sebanyak RM 0.50 (Lima puluh sen sahaja) untuk setiap buku yang tidak dibalut dan bayaran denda lain yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT.
- Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.
- Pelajar juga hendaklah memastikan buku teks yang diperolehi dibawa mengikut jadual bagi setiap matapelajaran. Sekiranya didapati pelajar tidak membawa buku teks semasa waktu pembelajaran bagi matapelajaran tertentu, pihak sekolah juga berhak mengambil kembali buku teks yang telah dibekalkan.
Pihak SPBT juga telah menurunkan kuasa kepada semua guru matapelajaran/ guru tingkatan untuk mengenakan denda sebanyak RM 0.50 bagi kesalahan tidak membalut atau tidak membawa buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan kutipan denda tersebut boleh digunakan untuk duit tabung kelas yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengekang masalah tidak membawa buku teks ke sekolah.
Bagi buku teks yang dirampas: - Pelajar mestilah berurusan secara terus dengan Guru SPBT untuk mendapatkan semula buku tersebut. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh unit SPBT sekolah.
- Tempoh tuntutan barang rampasan hanya 2 minggu sahaja .
KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARGAI.
“ PENJAGAAN DAN KESELAMATAN BUKU TEKS TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
No comments:
Post a Comment