SERVIS YANG DISEDIAKAN

Matlamat utama kami: 
Pastikan semua pelajar yang layak mendapat pinjaman buku teks 


Sejajar dengan matlamat kami, kami menyediakan beberapa servis utama sepanjang tahun berkonsepkan 4P (pinjam, pelihara dan pulihara, pantau serta pulang).


Pinjam

1.     Setiap buku teks yang dipinjam kepada pelajar sudah diproses (dicatat nombor perolehan dan tarikh penerimaan).
2.     Di bawah skim pinjaman buku teks, semua pelajar warganegara malaysia layak mendapat pinjaman set buku teks yang lengkap.
3.     Setelah isi kotak peminjam, peminjam buku teks bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keadaan / kerosakan buku teks (sekiranya ada kerosakan).



Pelihara dan Pulihara

1.     Minggu spbt diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang tanggungjawab dalam menjaga buku teks. 
2.     Klinik spbt memberi perkhidmatan percuma untuk membalut dan membaik pulih buku teks.
3.     Servis binding buku teks diberi bagi tujuan memastikan penjilidan buku adalah kukuh dan tahan lama.



Pantau

1.     Kedua-dua operasi balut buku mingguan dan
2.     Operasi gempur buku teks dijalankan bagi memastikan buku teks dalam keadaan yang baik, bersih dan berbalut. 
  


                                                                             Pulang

1.     Pastikan semua buku yang dipulangkan sepenuhnya oleh pelajar dalam keadaan baik dan berbalut.
2.     Jika buku rosak, pelajar perlu mengganti balik buku teks.


No comments:

Post a Comment