Pakej buku teks bagi mata pelajaran-mata pelajaran di sekolah menengah mengandungi komponen seperti berikut:
- Buku teks
- Buku Panduan Guru
- CD-ROM Guru
- CD-ROM Murid / MyCD
- Buku Amali Sains
- Modul
Fungsi komponen-komponen pakej adalah seperti berikut:
Buku Teks/Modul | Menjelmakan perkara utama yang diperlukan oleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran | |
Menyediakan maklumat tentang pengetahuan sama ada dalam bentuk konsep idea, fakta generalisasi dan prinsip untuk murid. | ||
Menyediakan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)/Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir(KBSB) yang perlu dikuasai oleh murid. | ||
Menerapkan nilai murni dan sikap yang perlu dipupuk, dihayati dan dapat diamalkan oleh murid. | ||
Buku Amali Sains | Membimbing murid menjalankan amali Sains dan melatih diri mendokumentasikan setiap amali yang dijalankan. | |
CD-ROM | Sebagai bahan sokongan kepada buku teks. | |
Mengukuhkan pemahaman murid tentang tajuk-tajuk tertentu yang dipelajari dalam buku teks. | ||
Buku Panduan Guru | Membantu guru merancang dan menjalankan pengajaran serta menggunakan buku teks dengan berkesan. |
** Setiap komponen dalam pakej buku teks menyokong dan melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai objektif pembelajaran murid-murid
No comments:
Post a Comment