Tuesday, 28 June 2016
Monday, 20 June 2016
Aktiviti Gotong Royong Keceriaan SPBT
Cikgu Aiman & Cikgu Suhaimie sedang mencantikkan Taman SPBT.
Inilah hasilnya !! :)
Cikgu Noraini & Cikgu Senorita sedang membalut buku teks.
Jom bersihkan sawang !!!
Cikgu Hoo Wee Ping & Cikgu Mayizayatul juga membalut buku teks.
Cikgu Nurhafizah sedang mengukur dinding bahagian hadapan Bilik BOSS.
Friday, 17 June 2016
PERATURAN PEMINJAMAN BUKU TEKS
Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar mestilah mematuhi syarat-syarat peraturan pinjaman yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT sekolah sebagaimana berikut :
- Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
- Membalut buku dengan pembalut plastic.Stapler, double-sided, binding tape adalahdilarang sama sekali.
- Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
- Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan.
- Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
- Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
- Mengganti balik buku-buku yang hilang dengan harga buku teks
- Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
- Lain-lain yang ditetapkan kemudian.
- Pelajar diberi amaran.
- Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00 (Satu Ringgit sahaja) untuk setiap buku teks yang dirampas. Sekiranya buku teks tersebut tidak berbalut, pelajar dikehendaki membayar denda tambahan sebanyak RM 0.50 (Lima puluh sen sahaja) untuk setiap buku yang tidak dibalut dan bayaran denda lain yang telah ditetapkan oleh Unit SPBT.
- Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.
- Pelajar juga hendaklah memastikan buku teks yang diperolehi dibawa mengikut jadual bagi setiap matapelajaran. Sekiranya didapati pelajar tidak membawa buku teks semasa waktu pembelajaran bagi matapelajaran tertentu, pihak sekolah juga berhak mengambil kembali buku teks yang telah dibekalkan.
Pihak SPBT juga telah menurunkan kuasa kepada semua guru matapelajaran/ guru tingkatan untuk mengenakan denda sebanyak RM 0.50 bagi kesalahan tidak membalut atau tidak membawa buku teks semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan kutipan denda tersebut boleh digunakan untuk duit tabung kelas yang terlibat. Ini bertujuan untuk mengekang masalah tidak membawa buku teks ke sekolah.
Bagi buku teks yang dirampas: - Pelajar mestilah berurusan secara terus dengan Guru SPBT untuk mendapatkan semula buku tersebut. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan yang dikeluarkan oleh unit SPBT sekolah.
- Tempoh tuntutan barang rampasan hanya 2 minggu sahaja .
KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN SEMUA PIHAK AMATLAH DIHARGAI.
“ PENJAGAAN DAN KESELAMATAN BUKU TEKS TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
VISI, MISI DAN MOTTO BAHAGIAN BUKU TEKS KPM
VISI
Meneraju kecemerlangan pendidikan melalui buku teks dan bahan bacaan tambahan berkualiti menjelang 2015
MISI
Menguruskan pemerolehan buku teks dan bahan bacaan tambahan yang berkualiti dan dibekalkan kepada pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan serta mengupayakan penggunaannya secara optimum.
MOTO
Buku Bermutu Kecemerlangan Pendidikan
OBJEKTIF
FUNGSI

1 | Pemerolehan buku berintegriti. |
2 | Penghasilan buku yang berkualiti. |
3 | Memperkasakan pengurusan pembekalan buku. |
4 | Memantapkan pengurusan penyeliaan dan penilaian buku. |
5 | Memperkasakan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan. |
FUNGSI
1 | Melaksanakan dasar penerbitan buku teks. |
2 | Mengurus pemerolehan pakej buku teks untuk sekolah. |
3 | Mengurus pemerolehan bahan bacaan tambahan dan bahan bantu mengajar/belajar untuk pusat sumber sekolah. |
4 | Menyelaras dan melaksanakan program penerbitan pakej buku teks sekolah menengah. |
5 | Menyelaras dan melaksanakan program penerbitan pakej buku teks sekolah rendah. |
6 | Memantau pembekalan buku Skim Pinjaman Buku Teks di sekolah dan pasaran terbuka. |
7 | Memantau pengurusan program Skim Pinjaman Buku Teks. |
8 | Memantau penggunaan buku teks di sekolah. |
9 | Memantau penggunaan bahan bacaan tambahan dan bahan bantu mengajar di sekolah. |
10 | Menyelaras dan menguruskan hal-hal kualiti dan aduan pelanggan yang berkaitan dengan buku teks dan bahan bacaan tambahan. |
11 | Melaksanakan hal-hal pentadbiran, perkhidmatan, pembangunan sumber manusia dan kewangan Bahagian Buku Teks. |
KOMPONEN BUKU TEKS KBSM
PENGENALAN
Pakej buku teks bagi mata pelajaran-mata pelajaran di sekolah menengah mengandungi komponen seperti berikut:
Fungsi komponen-komponen pakej adalah seperti berikut:
** Setiap komponen dalam pakej buku teks menyokong dan melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai objektif pembelajaran murid-murid
Pakej buku teks bagi mata pelajaran-mata pelajaran di sekolah menengah mengandungi komponen seperti berikut:
- Buku teks
- Buku Panduan Guru
- CD-ROM Guru
- CD-ROM Murid / MyCD
- Buku Amali Sains
- Modul
Fungsi komponen-komponen pakej adalah seperti berikut:
Buku Teks/Modul | Menjelmakan perkara utama yang diperlukan oleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran | |
Menyediakan maklumat tentang pengetahuan sama ada dalam bentuk konsep idea, fakta generalisasi dan prinsip untuk murid. | ||
Menyediakan Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)/Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir(KBSB) yang perlu dikuasai oleh murid. | ||
Menerapkan nilai murni dan sikap yang perlu dipupuk, dihayati dan dapat diamalkan oleh murid. | ||
Buku Amali Sains | Membimbing murid menjalankan amali Sains dan melatih diri mendokumentasikan setiap amali yang dijalankan. | |
CD-ROM | Sebagai bahan sokongan kepada buku teks. | |
Mengukuhkan pemahaman murid tentang tajuk-tajuk tertentu yang dipelajari dalam buku teks. | ||
Buku Panduan Guru | Membantu guru merancang dan menjalankan pengajaran serta menggunakan buku teks dengan berkesan. |
** Setiap komponen dalam pakej buku teks menyokong dan melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai objektif pembelajaran murid-murid
SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
PENGENALAN
Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan Agama Islam Negeri.
Matlamat
Memastikan pelajar daripada kalangan ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu menerima buku teks SPBT pada minggu pertama sesi persekolahan bermula.
Objektif
Fungsi

- Meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu.
- Memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka.
Fungsi
- Melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat.
- Mengawal penggunaan buku teks.
PINDAAN SYARAT KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2007
"Kerajaan Malaysia telah bersetuju melalui Rang Undang-undang Perbekalan (2008) yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 September 2007, supaya Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) diperluaskan kepada SEMUA MURID WARGANEGARA MALAYSIA tanpa mengira pendapatan isi rumah dan bilangan anak yang layak diSEMUA SEKOLAH KERAJAAN, SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAKYAT, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008.

Pengertian Buku Teks
BUKU TEKS
PENGENALAN
Buku Teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan asas yang utama dan sumber maklumat mengenai mata pelajaran atau bidang yang tertentu. Buku teks juga mencerminkan nilai masyarakat, harapan dan cita-cita sesebuah negara. Di negara kita buku teks memuatkan perkara seperti Perpaduan Masyarakat, Rukun Negara, Masyarakat Penyayang dan Wawasan 2020.
Buku teks ditulis berdasarkan kehendak Kurikulum, Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Sukatan Pelajaran menjelaskan objektif, organisasi kandungan serta strategi pengajaran dan pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran pula menjelaskan objektif dan organisasi kandungan mengikut tahun persekolahan. Penulisan buku teks juga dikehendaki menepati keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekanakan matlamat pendidikan demi memastikan perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh, seimbang dan sepadu.
Beberapa pengertian tentang buku teks:
UNESCO
A textbook is a book which an exposition of generally accepted principles in one subject, intended primarily as a basis for instruction in classroom or pupil-book-teacher situation.
Cambridge International Dictionary of English
A book that contains detailed information about a subject for people who are studying that subject.
Altbach (1987)
Textbooks are in a way, an illustration of national will and of national policy in many countries.
Gopinathan (1983)
Buku teks ialah alat yang digunakan secara meluas dalam bilik darjah walaupun terdapat pelbagai alat bahan bantu mengajar yang canggih dalam era teknologi maklumat pada masa ini.
Dent (1955)
Buku teks ialah alat perniagaan yang penting dan sukar diganti dengan alat lain.

WELCOME To Unit Skim Pinjaman Buku Teks SMK Asyakirin Bintulu !
Salam sejahtera,
dan
SELAMAT DATANG ke blog Unit SPBT SMK Asyakirin Bintulu.
Di sini kami akan berkongsi dengan anda pelbagai perkara berkaitan SPBT, aktiviti keceriaan, carta organisasi Unit SPBT dan lain - lain lagi.
#terimakasihsudibaca
Subscribe to:
Posts (Atom)