Saturday, 29 April 2017

Klinik SPBT (29 April 2017)

Klinik SPBT kita sudah mula beroperasi hari ini^^

Klinik kita beroperasi pada waktu rehat iaitu dari 9.50 hingga 10.10 am untuk pelajar sesi pagi dan dari 3.40 hingga 4.00 pm untuk pelajar sesi petang.




Klinik operasi ini dianjurkan oleh ahli Kelab SPBT.




 Ahli Kelab SPBT membaiki buku teks yang rosak bersama-sama dengan pelajar.




 Sambutan daripada pelajar sesi petang adalah lebih hangat berbanding dengan daripada pelajar sesi pagi.


KAMI BERSEDIA UNTUK BERKHIDMAT UNTUK ANDA  ^^




Sunday, 23 April 2017

Operasi Balut Buku Teks (OBB) 4/4/2017

Pasukan pengawas memeriksa semua buku teks pelajar. 
Jika buku didapati rosak/ diconteng ataupun tidak dibalut, buku akan dirampas oleh pengawas spbt. 
Pelajar akan dikenakan denda atas kegagalan dalam menjaga buku teks dengan baik.

Objektif:
  • mendidik para pelajar supaya menghargai buku teks yang dipinjam. 
  • meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan menjaga buku teks dengan baik. 


Sebelum operasi, Cikgu Nurhafizah Ibrahim memberi taklimat ringkas kepada pengawas SPBT.


OBB dijalankan dalam dewan dan melibatkan semua pelajar. 



Buku yang rosak/ diconteng/ rosak dirampas dan dikenakan denda. 





Pengawas SPBT menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.




Pelajar diberi amaran kerana pembalutnya telah terkoyak.



Pelajar yang diberi amaran untuk mengeluarkan staple. 




Pengambilan buku dari BOSD (21/01/2017)

Bagi mengatasi masalah kekurangan buku teks di sekolah, kami telah memohon beberapa judul buku dari BOSD.

Jadi, penyelaras-penyelaras tingkatan telah pergi ke BOSD bersama-sama untuk 'membeli' buku bagi anak-anak SMK Asyakirin.



Cikgu Noraini dan Cikgu Nurhanani sibuk memilih buku.



 Pelbagai jenis buku ditawarkan di BOSD. 



Cikgu Senorita merekodkan bilangan buku yang diambil dari BOSD dengan teliti. 

Penghantaran buku berlebihan ke Bilik BOSD (21/01/2017)

Buku-buku yang berlebihan telah dikeluarkan dari stok Bilik BOSS kita dan dihantar ke Bilik BOSD.

Tujuan: sebagai persediaan untuk agihan antara sekolah nanti.



Guru dan pelajar sudah bersedia untuk menghantar buku ke BOSD.



Mari kita mengangkat buku bersama-sama.



Buku telah diikat dengan kemas bagi memudahkannya dipindahkan ke BOSD.

Pengagihan buku teks (3/01/2017 hingga 04/01/2017)

Sistem pengagihan yang baru ini adalah lebih efisien.

Setiap pelajar Tingkatan Satu diberi satu nombor SPBT pelajar. Nombor SPBT pelajar sudah tercatat dalam muka depan setiap buku teks yang dipinjam. 

Mengapa pelajar diberi 'Nombor SPBT pelajar'?
  • memberi rasa tanggungjawab kepada pelajar
  • membudayakan sikap menyayangi buku teks sendiri. 



Guru kelas membawa pelajar ke Bilik BOSS. 



                                                     
Pelajar bergerak ke Bilik BOSS dalam bentuk barisan.




Disiplin pelajar terkawal dengan adanya kawalan guru kelas masing-masing.



Setiap pelajar mendapatkan set buku di Bilik BOSS. 







Hari Bertugas SPBT (26/12/2016 sehingga 28/12/2016)

Guru dan pelajar bekerjasama dalam menyediakan buku teks bagi pengagihan buku tingkatan 1, 4 dan 5 bagi kegunaan Tahun 2017

SEMUA BUKU TINGKATAN SATU TAHUN 2017 KECUALI BUKU KOMSAS ADALAH BUKU TERBITAN BARU.
ALL FORM ONE BOOKS EXCEPT LITERATURE BOOKS ARE BRAND-NEW BOOKS 




Guru dan pelajar menyusun buku dalam bentuk set. 



Judul buku di atas adalah buku yang terkandung dalam set buku Tingkatan Satu.



Cikgu Wong Kai Ling menunjukkan satu contoh buku Tingkatan Satu yang telah diikat. 






<3